Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam perak aman jaya..
kali ini saya nak kongsi pelajaran saya pasal microsoft powerpoint kan.. ha ni pasti ramai dah pernah gunakan untuk pembentangan kerja kursus atau apa-apa pun.. tapi saya percaya mesti ada yang tidak berapa mendalami powerpoint ini kan.. meh tengok ini, saya nak kongsikan sedikit..
jom belajar sama-sama saya!!!
okay, macam biasa saya akan menggunakan microsoft 2010.. kali ini saya gunakan microsoft powerpoint 2010 sebab yang ni je ada kat laptop saya.. hehehe..
saya lepas je buka microsoft powerpoint, pertama sekali saya akan buat background dulu sebelum buat yang lain..
kamu boleh pilih background yang tersedia ada dalam powerpoint ataupun boleh download dalam file laptop.. lihat langkah-langkah seperti rajah diatas..
untuk tambah slide yang baharu, kamu cuma perlu klik pada new slide, dia akan keluar secara automatik slide yang baharu..
okay selepas itu, saya buat menu utama untuk menghubungkan maklumat-maklumat dalamnya.. haa macam mana nak buat.. mesti kamu taktahu kan? saya pun baru pelajar mengenai ini.. mari kita pergi rajah di bawah pula..
senang saja.. sekarang saya masukkan Hyperlink pula..
Hyperlink ni berfungsi untuk menghubungkan antara slide yang lain dengan mewakilkan simbol ataupun perkataan.
step 1; klik pada simbol yang kamu nak, atau highlightkan pun boleh yang kamu nak jadikan Hyperlink
step 2; klik pada right mouse, pilih edit Hyperlink apabila keluarnya kotak seperti dalam gambar itu.
selepas saja klik pada Edit Hyperlink, akan keluar kotak seperti rajah diatas, pilih Button Place in This Document. seterusnya, pilihlah slide yang mana untuk kamu hubungan dengan menu utama..
selepas selesai menggunakan Hyperlink, sekarang saya nak masukkan animation pula.. nak napak cantik sedikit untuk slide saya.. animation ini saya buat untuk simbol dan perkataan dalam 1 slide ..mudah saja
step 1; klik pada animation
step 2; pilih animation yang kamu mahu..
seterusnya, saya nak buat transitions pula untuk slide kepada slide yang lain.. hampir sama dengan animation tetapi bezanya transition untuk slide kepada slide, manakala animation untuk perkataan atau simbol
step 1; klik pada transitions
step 2; pilih transitins yang kamu nak dan buat seterusnya kepada slide-slide berikutnya.
mudahkan, tak susah pun..
selepas itu, saya masukkan pula video.. kamu perlu buad new slide.. kemudian pilih simbol yang macam film tu, lihat anak panah dekat rajah itu.. TAPI INGAT, sebelum itu, pastikan file laptop kamu ada video yang kamu nak letakkan di slide.. faham tak???
macam saya, saya pilih video kartun..hehehe.. video upin ipin adalah kartun favourite saya.. macam budak kecil tak? ada aku kisah? hehehe...
Mte Powerpoint by Nurul Cayang on Scribd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan