Sabtu, 3 Disember 2016

TUGASAN KE-2 MICROSOFT EXCEL

Assigment seterusnya lecture En. Fadhil telah memberi tugasan membuat jadual menggunakan microsoft excel. Ini kira pertama kali saya menggunakan microsoft excel sebab sebelum ni pernah juga cuba nak guna tapi tak reti..huhuhu...so kali ini saya diberi tugasan membuat jadual  markah tahunan subjek Kemahiran Hidup bagi 20 pelajar tingkatan 3 Melati.. jom kita belajar sama-sama....lets go....

saya menggunakan microsoft Excel 2010 untuk tugasan kali ke-2 ini.. tidak kisahlah kamu mahu pakai microsoft excel 2010 ke atau apa-apa sekali pun asalkan assignment mesti siap kalau nak markah..

pastikan kamu lepas membuka microsoft excel akan keluar plain yang dipenuhi kotak-kotak.. pada mulanya saya merasakan benda ini susah nak digunakan, namun lepas belajar, baru tahu kesenangannya.. takpayah susah-susah nak buat kotak satu per satu.

okay seterusnya, kamu perlu isi bahagian sheet 1, sheet 2, sheet 3 dengan maklumat yang diminta.. macam saya, saya diminta untuk mengisi butiran maklumat diri pelajar (nama dan kad pengenalan), kehadiran pelajar, dan jumlah markah..

pertama, isi dahulu nama pelajar dan juga kad pengenalan yang seramai 20 orang.. nama pelajar itu saya cipta sendiri sahaja tidak ada kene mengena dengan sesiapa pun..\

selepas isi maklumat pelajar, isi pula kehadiran pelajar mengikut minggu iaitu selama 4 minggu (week 1, week 2, week 3, week 4)
*pengetahuan*
untuk copy senarai nama pada helaian, kita boleh hanya menggunakan tanda equal (=)..
sebelum ini pasti kamu menggunakan 'copy&paste' je kan? mesti ada yang tidak tahu bahawa menggunakan equal pun boleh jadi seperti copy&paste.. meh sini saya tunjukkan step by stepnya..


1) klik pada bahagian column yang kosong pada helaian muka surat yang lain contoh helaian kehadiran pelajar.
2) taipkan tanda '='
3) klik pada nama dan tekan sahaja enter di keyboard
4) klik semula pada helaian senarai nama
5) klik pada hujung kotak 'nama' dari nama pertama hingga nama terakhir..
haa dah tahu kan teknik ini..


                                                                        
selepas itu, isi pula markah kuiz (20%), dan pertengahan tahun (30%) serta markah akhir tahun (50%) pada helaian markah pelajar..


seterusnya, tambahkan markah kuiz, markah pertengahan tahun dan markah akhir tahun untuk mengetahui jumlah keseluruhan pelajar.

*pengetahuan lagi*
untuk kamu nak dapatkan jumlah keseluruhan tidak perlu menggunakan kalkulator, lambat. nak cari kalkulator lagi la ape la.. kamu cuma perlu ikut steph di bawah ini je..

1) select markah kuiz, markah pertengahan tahun, markah akhir tahun dan select sekali column jumlah markah.
2) klik pula fungsi 'auto sum' yang terletak di menu 'formulas'.
3) dan akhirnya dapatlah markah keseluruhan tanpa menggunakan kalkulator..


Selepas siap jumlah keseluruhan markah, sekarang mari kita buat skala gred markah seperti gambar diatas dalam kotak oren itu mengikut gred yang bersesuai dan standard..


siap sahaja buat skala gred markah, pilih button formulas dan tekan insert function.. kemudian pilih VLOOKUP dan akan keluar seperti jadual di atas.. nampak tak?

step 1; pada lookup_value, klik pada markah yang hendak diberikan gred
step 2; pada Table-array, pilih 'Gred' dan highlightkan pada jadual skala gred.. untuk menunjukkan kita merujuk kepada julat ini sahaja, hendaklah menambahkan simbol $ seperti berikut J$20:K$30..
step 3; col_index_num pula taipkan 2 iaitu bermaksud ruang dan nilai yang hendak dikembalikan kepada lajur
step 4; pada Range_Lookup taipkan TRUE 
step 5; Selepas selesai mengisi keempat-empat column tu dan berpuas hati, klik pula ok dan siap.



inilah hasilnya. untuk pengetahuan kamu, selepas button ok di klik.. ia akan keluar gred untuk column pertama sahaja. oleh itu, kamu perlu menarik hujung kotak itu sehingga ke column 20 dan dia akan keluar semua gred secara automatik seperti rajah di atas..


seterusnya, kita perlu buat skala gred bilangan pula untuk menunjukkan berapa pelajar yang dapat gred A, B, C dan seterusnya.. untuk mengisi bahagian bilangan, perlu ikut seperti langkah ini..

1) klik pada button formulas dan kemudian klik pada insert formulas
2) pilih COUNTIF dan klik..


selepas klik pada COUNTIF, dia akan keluar jadual seperti atas itu.,
step 1; pada range, klik pada gred jumlah markah yang diisi tadi.. dan data akan keluar seperti G3:G22 .. untuk kita menunjukkan julat ini sahaja, maka perlu menambah simbol $ iaitu G$3:G$22
step 2; Pada criteria pula, klik pada bilangan iaitu M20..



haa ini hasil selepas mengisi COUNTIF untuk membuat graf yang menunjukkan berapa bilangan yang mendapat gred..


selepas siap membuat skala bilangan, sekarang perlu pilih graf yang bersesuaian.. pilih la graf apa-apa asalkan menunjukkan jumlah bilangan gred..


graf akan terbentuk sendiri selepas kamu automatik mengisi bilangan gred pada jadual.. 
alhamdulila inilah hasilnya selepas belajar buat pertama kali menggunakan microsoft excel..
ok byee... tidak cuba, tidak tahu.....









Tiada ulasan: